Ome terpikir pulak tentang Langkawi hari ini. Terus cari blog post orang2 yang dah pi sana. Boleh baca cerita mereka di bawah
Link pertama
https://mat-drat.blogspot.com/2020/10/percutian-ke-langkawi-pengalaman-info-dan%20tips.html
Pulau Langkawi sememangnya sudah
popular dalam kalangan rakyat Malaysia, siapa yang tak pernah sampai ke sana
kan? Dalam blog Mat Drat ini, beliau sendiri telah berkongsi pengalaman, tips
dan panduan setelah beberapa kali berpeluang berkunjung ke sana. Jadi, bagi
yang merancang untuk bercuti ke Pulau Langkawi setelah beberapa bulan kita PKP,
Ome memang syorkan untuk layari blog beliau untuk mendapat sedikit gambaran tentang
bajet, tempat menarik, makanan yang sedap dan banyak lagi di sana. Jom baca!
Link Kedua:
https://harianpost.my/pengalaman-bercuti-di-langkawi-sunyi-sepi/
Setelah dunia
dilanda pandemik covid 19, boleh dikatakan semua pusat pelancongan ditutup
untuk membendung wabak ini daripada tersebar. Baru-baru ini, kerajaan mengambil
inisiatif membuat projek Travel Bubble di Langkawi atau dikenali sebagai
gelembung pelancongan, namun ternyata rakyat masih takut untuk kemana-mana.
Perkara ini diceritakan sendiri oleh seorang pengguna akaun Facebook Sabarina
Yaacob yang telah ke sana pada 18 – 20 September 2021. Jadi di sini Ome sertakan pengalaman
beliau semasa berkunjung ke Langkawi.
Link ketiga:
https://umminani.com/2020/08/percutian-ke-langkawi-bersama-keluarga/
Rupanya tahun 2020, pusat
pelancongan tetap dibuka sebelum ia ditutup sepenuhnya semasa kes covid 19 naik
mendadak di negara kita. Walaubagaimanapun, seorang blogger Ummu Nani telah
mencatat perjalanannya ketika berkunjung ke Pulau Langkawi tahun lepas. Beliau
dan keluarga berusaha menjaga SOP yang telah ditetapkan. Kalau nak tahu ke mana
blogger ini shopping dan makan sedap, Ome cadangkan untuk baca blog ini.
https://www.marinabashah.com/2020/02/percutian-di-pulau-langkawi-itinerary.html
Orang selalu sebut pengalaman
pertama, kedua, ketiga menempuhi sesuatu yang sama akan ada perbezaannya. Tidak
kisahlah dari segi suasana, rasa ataupun pengalaman. Malahan, Ome percaya usia
yang meningkat juga memainkan peranan penting untuk lebih matang menilai
sesuatu perkara. Seperti blogger Marina ini yang sudah 4 kali ke Langkawi
tetapi apa yang dilalui beliau semuanya berbeza-beza. Nak tahu dengan lebih
lanjut itinerary blogger ini? Oh dan nak tahu juga apa itu beronok? Jom singgah
ke blog ini dan baca sendiri apa yang blogger ini dah kongsi dengan kita semua.
Harap hangpa semua dapat sikit petua-petua jalan kt Langkawi daripada post2 ini.
Enjoyz!
No comments:
Post a Comment