Ome sekeluarga pergi berjalan2 ke Windmill Park, dekat Setia Ecohill, Kajang, Selangor. Ceritanya di sini.
Jalan Jalan Malaysia
Kisah jalan jalan Malaysia oleh bloggers Malaysia
Kredit Gambar
Monday, 2 November 2026
Friday, 27 September 2024
Jalan Jalan Banda Hilir Melaka Hari Malaysia 160924
Pada hari Malaysia 16 Sept 2024, saya dan keluarga berjalan2 ke Melaka, khusus kawasan Banda Hilir.
Tempat2 yang kami lawat adalah
- Rumah Upside down
- Menara Taming Sari
- Muzeum Samudera
- Melaka River Boat Cruise
Kami makan asam pedas di Restoran Asam Pedas Jr di Banda Hilir. Boleh la.
Dalam perjalanan balik, kami tak dapat singgah Coconot Shake Original di Klebang kerana kesuntukan masa. Juga yang sedih, kuih keria legend sudah habis petang itu kerana masa dah lewat petang.
Petua:
Untuk melawat tarikan2 pelancong yang bertiket, pastikan anda bawa Mykad/Mykid untuk mendapatkan harga warganegara. Amat2 diperlukan.
Parking pada hari sabtu ahad n cuti am adalah percuma.
Untuk mengelakkan jam, boleh gunakan laluan dalaman alternatif ... tetapi akan mengambil masa lebih lama. Masa Ome balik ... Melaka - Sg Udang - Masjid Tanah - Rantau - Linggi - PD .. baru masuk highway PLUS ..
Video
Naik bot Melaka River Cruise
Sunday, 17 October 2021
Jalan - Jalan Langkawi 1
Ome terpikir pulak tentang Langkawi hari ini. Terus cari blog post orang2 yang dah pi sana. Boleh baca cerita mereka di bawah
Link pertama
https://mat-drat.blogspot.com/2020/10/percutian-ke-langkawi-pengalaman-info-dan%20tips.html
Pulau Langkawi sememangnya sudah
popular dalam kalangan rakyat Malaysia, siapa yang tak pernah sampai ke sana
kan? Dalam blog Mat Drat ini, beliau sendiri telah berkongsi pengalaman, tips
dan panduan setelah beberapa kali berpeluang berkunjung ke sana. Jadi, bagi
yang merancang untuk bercuti ke Pulau Langkawi setelah beberapa bulan kita PKP,
Ome memang syorkan untuk layari blog beliau untuk mendapat sedikit gambaran tentang
bajet, tempat menarik, makanan yang sedap dan banyak lagi di sana. Jom baca!
Link Kedua:
https://harianpost.my/pengalaman-bercuti-di-langkawi-sunyi-sepi/
Setelah dunia
dilanda pandemik covid 19, boleh dikatakan semua pusat pelancongan ditutup
untuk membendung wabak ini daripada tersebar. Baru-baru ini, kerajaan mengambil
inisiatif membuat projek Travel Bubble di Langkawi atau dikenali sebagai
gelembung pelancongan, namun ternyata rakyat masih takut untuk kemana-mana.
Perkara ini diceritakan sendiri oleh seorang pengguna akaun Facebook Sabarina
Yaacob yang telah ke sana pada 18 – 20 September 2021. Jadi di sini Ome sertakan pengalaman
beliau semasa berkunjung ke Langkawi.
Link ketiga:
https://umminani.com/2020/08/percutian-ke-langkawi-bersama-keluarga/
Rupanya tahun 2020, pusat
pelancongan tetap dibuka sebelum ia ditutup sepenuhnya semasa kes covid 19 naik
mendadak di negara kita. Walaubagaimanapun, seorang blogger Ummu Nani telah
mencatat perjalanannya ketika berkunjung ke Pulau Langkawi tahun lepas. Beliau
dan keluarga berusaha menjaga SOP yang telah ditetapkan. Kalau nak tahu ke mana
blogger ini shopping dan makan sedap, Ome cadangkan untuk baca blog ini.
https://www.marinabashah.com/2020/02/percutian-di-pulau-langkawi-itinerary.html
Orang selalu sebut pengalaman
pertama, kedua, ketiga menempuhi sesuatu yang sama akan ada perbezaannya. Tidak
kisahlah dari segi suasana, rasa ataupun pengalaman. Malahan, Ome percaya usia
yang meningkat juga memainkan peranan penting untuk lebih matang menilai
sesuatu perkara. Seperti blogger Marina ini yang sudah 4 kali ke Langkawi
tetapi apa yang dilalui beliau semuanya berbeza-beza. Nak tahu dengan lebih
lanjut itinerary blogger ini? Oh dan nak tahu juga apa itu beronok? Jom singgah
ke blog ini dan baca sendiri apa yang blogger ini dah kongsi dengan kita semua.
Harap hangpa semua dapat sikit petua-petua jalan kt Langkawi daripada post2 ini.
Enjoyz!
Saturday, 25 September 2021
Jalan Jalan Cameron Highlands 1
Dalam post pertama ini, Ome bawakan kisah puan Azila dan suami berjalan-jalan ke Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam, Beliau banyak juga bercerita tentang perjalanan pergi balik ke sana dari Kuala Lumpur, bersama aktiviti-aktivitu mereka.
Masa di Cameron, mereka tinggal di Copthorne Hotel. Ome memang pernah stay sini, best kalau ada bajet lebih sedikit. Kisah Puan Azila adalah dalam lapan post dalam blog beliau. Rupanya beliau ni suka jalan2 juga.
Bahagian 1 - Hari Pertama - KL sampai ke Tanah Rata, Cameron Highland
Bahagian 2 - Hari Pertama - TANAH RATA & ROSE AND ORCHID GARDEN
Bahagian 3 - Hari Pertama - CAMERON LAVENDER GARDEN
Bahagian 4 - Hari Kedua - Full Day Tour 1 SUNGAI PALAS BOH TEA PLANTATION & MOSSY FOREST Part 1
Bahagian 5 - Hari Kedua - Full Day Tour 2 MOSSY FOREST Part 2 & SUNGAI PALAS BOH TEA CENTRE
Bahagian 6 - Hari Kedua - Full Day Tour 3 BUTTERFLY FARM & RAAJU'S HILL STRAWBERRY FARM
Bahagian 7 - Full Day Tour 4 TIME TUNNEL & CACTUS POINT
Bahagian 8 - PULANG KE KUALA LUMPUR
Ome rekomen kalian baca2 post beliau yang disenaraikan tentang pengalaman beliau dan suami di sana. Ada banyak gambar2 yang beliau post dalam post2 beliau.
Actually, ada lagi yang boleh dibuat, tetapi, terpulang ke masing2. Nanti Ome akan post pengalaman pelbagai blogger lain ye.
14 September 2025 Jalan2 Windmill Farm Setia Ecohill
Ome sekeluarga pergi berjalan2 ke Windmill Park, dekat Setia Ecohill, Kajang, Selangor. Ceritanya di sini . that's me rolling :D
-
Pada hari Malaysia 16 Sept 2024, saya dan keluarga berjalan2 ke Melaka, khusus kawasan Banda Hilir. Tempat2 yang kami lawat adalah Rumah Up...
-
gambar hiasan - Boh Sg Palas Dalam post pertama ini, Ome bawakan kisah puan Azila dan suami berjalan-jalan ke Cameron Highlands selama 3 ha...
-
Gambar Dataran Helang dari wikipedia Ome terpikir pulak tentang Langkawi hari ini. Terus cari blog post orang2 yang dah pi sana. Boleh bac...
