Kredit Gambar

Kredit Gambar: Kuala Perlis, Perlis (Chung Kevin-PXHere)

Sunday 17 October 2021

Jalan - Jalan Langkawi 1

 

Gambar Dataran Helang dari wikipedia


Ome terpikir pulak tentang Langkawi hari ini. Terus cari blog post orang2 yang dah pi sana. Boleh baca cerita mereka di bawah 

Link pertama

https://mat-drat.blogspot.com/2020/10/percutian-ke-langkawi-pengalaman-info-dan%20tips.html

              Pulau Langkawi sememangnya sudah popular dalam kalangan rakyat Malaysia, siapa yang tak pernah sampai ke sana kan? Dalam blog Mat Drat ini, beliau sendiri telah berkongsi pengalaman, tips dan panduan setelah beberapa kali berpeluang berkunjung ke sana. Jadi, bagi yang merancang untuk bercuti ke Pulau Langkawi setelah beberapa bulan kita PKP, Ome memang syorkan untuk layari blog beliau untuk mendapat sedikit gambaran tentang bajet, tempat menarik, makanan yang sedap dan banyak lagi di sana.  Jom baca!        


Link Kedua:

https://harianpost.my/pengalaman-bercuti-di-langkawi-sunyi-sepi/

            Setelah dunia dilanda pandemik covid 19, boleh dikatakan semua pusat pelancongan ditutup untuk membendung wabak ini daripada tersebar. Baru-baru ini, kerajaan mengambil inisiatif membuat projek Travel Bubble di Langkawi atau dikenali sebagai gelembung pelancongan, namun ternyata rakyat masih takut untuk kemana-mana. Perkara ini diceritakan sendiri oleh seorang pengguna akaun Facebook Sabarina Yaacob yang telah ke sana pada 18 – 20 September 2021. Jadi di sini Ome sertakan pengalaman beliau semasa berkunjung ke Langkawi.

Link ketiga:

https://umminani.com/2020/08/percutian-ke-langkawi-bersama-keluarga/

            Rupanya tahun 2020, pusat pelancongan tetap dibuka sebelum ia ditutup sepenuhnya semasa kes covid 19 naik mendadak di negara kita. Walaubagaimanapun, seorang blogger Ummu Nani telah mencatat perjalanannya ketika berkunjung ke Pulau Langkawi tahun lepas. Beliau dan keluarga berusaha menjaga SOP yang telah ditetapkan. Kalau nak tahu ke mana blogger ini shopping dan makan sedap, Ome cadangkan untuk baca blog ini.

https://www.marinabashah.com/2020/02/percutian-di-pulau-langkawi-itinerary.html

           
Orang selalu sebut pengalaman pertama, kedua, ketiga menempuhi sesuatu yang sama akan ada perbezaannya. Tidak kisahlah dari segi suasana, rasa ataupun pengalaman. Malahan, Ome percaya usia yang meningkat juga memainkan peranan penting untuk lebih matang menilai sesuatu perkara. Seperti blogger Marina ini yang sudah 4 kali ke Langkawi tetapi apa yang dilalui beliau semuanya berbeza-beza. Nak tahu dengan lebih lanjut itinerary blogger ini? Oh dan nak tahu juga apa itu beronok? Jom singgah ke blog ini dan baca sendiri apa yang blogger ini dah kongsi dengan kita semua.  


Harap hangpa semua dapat sikit petua-petua jalan kt Langkawi daripada post2 ini. 

Enjoyz!



Jalan - Jalan Langkawi 1

  Gambar Dataran Helang dari wikipedia Ome terpikir pulak tentang Langkawi hari ini. Terus cari blog post orang2 yang dah pi sana. Boleh bac...